15 Oktober yang lalu merupakan harijadi aku. Tahun ni genap 21 tahun aku telah lahir ke dunia ini. Sepanjang hidup aku banyak benda yang aku lalui. Segala pahit manis masih lagi segar dalam ingatan ku. Kadang aku terfikir, apa yang telah aku capai dalam hidup ini. Adakah aku mampu untuk berkawan dengan semua orang, adakah orang dapat terima baik buruk aku.

Aku jenis yang suka pendam. Bak kata zizan dalam lagu 'banyak yang terpendam dari yang terzahir'. Sepanjang hidup aku, aku cuma celebrate harijadi aku dengan family. Tak pernah celebrate dengan orang lain. Kali terakhir aku celebrate dengan family aku time aku form3, tu lah last aku celebrate. Biasalah lumrah seorang student, aku sekolah berasrama, lepas tu sambung matrik, then sekarang sambung degree. Memang masa aku dengan family amatlah sikit. Aku rindu sangat dengan family aku.

Parents aku tau apa yang aku nak walaupun aku tak pernah minta. Biasalah naluri seorang ibu, dia tau apa yang bermain di fikiran dan hati anaknya. Sekarang, aku cuma boleh pendam segala benda yang aku nak dan segala yang ada di fikiran ini. Aku hanya mampu bersabar, lagi 2tahun aku habiskan degree, In Sha Allah. Selepas itu, aku akan spend time dengan family aku. Setelah berapa lama aku banyak berjauhan dari mereka.

#studentlife
#degreelife

Comments

Popular Posts